Wanita Berdaya Selangor

Acara & Program Terkini

Sidang Wanita Negeri Selangor 2023 (SIWANIS)

SIWANIS

Sidang Wanita Negeri Selangor 2023 (SIWANIS 2023) adalah satu program simulasi Sidang Dewan Negeri Selangor yang mengumpulkan wanita dalam satu platform bagi mengasah serta mencungkil bakat sebagai seorang pemimpin terutamanya di peringkat pembuatan keputusan.

KERANGKA SIWANIS

01

Mendukung prinsip keadilan sosial dan tiada diskriminasi berasaskan gender seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW, Convention Elimination of all Discrimination against Women) dan Dasar Wanita Selangor. 

02

Selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG, Sustainable Development Goals) bagi mendukung aspirasi Selangor untuk menjadi Negeri Pintar menjelang Tahun 2025 (Smart Selangor).

03

Mengguna pakai simulasi sebenar perjalanan dan proses Sidang Dewan di Negeri Selangor.

OBJEKTIF SIWANIS

01

Platform pendedahan kepada bakal pemimpin wanita di Selangor tentang isu dan dasar serta tadbir urus yang baik ke arah kesaksamaan gender seiring dengan pembangunan negeri Selangor yang :- 

Inklusif;
Adil; dan
Saksama. 

02

Bagi berkongsi pemahaman dan pembangunan kapasiti kepimpinan ke arah 30 peratus kuota perwakilan wanita sebagai pembuat keputusan dan dasar.

03

Untuk meningkatkan keupayaan dan jaringan kepimpinan dalam kalangan wanita di Selangor.

KRITERIA PERWAKILAN

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Keutamaan diberikan kepada penduduk atau pemastautin tetap di Selangor.
  3. Berumur 18 tahun ke atas.
  4. Mempunyai minat dalam pemberdayaan wanita khususnya bidang politik.
  5. Bersedia menyahut cabaran dan memberikan komitmen sepenuhnya.
  6. Mempunyai usul dan solusi mengenai pemberdayaan wanita, isu-isu semasa yang ingin dicadangkan kepada kerajaan negeri.

PROSES PEMILIHAN PESERTA

MODUL

ms_MY