Wanita Berdaya Selangor

Kempen 16 Hari Aktivisme Melawan Keganasan Berasaskan Gender

PENGENALAN

Pada 25 November 1960, saudara perempuan Patria, Minerva dan Maria Teresa Mirabal, tiga aktivis politik yang secara aktif menentang kekejaman dan keganasan sistematik pemerintahan diktator Trujillo di Republik Dominican, telah dipukul hingga mati dan dibuang ke dasar tebing oleh polis rahsia Trujillo.

Saudara perempuan Mirabal menjadi simbol penentangan feminis, dan sebagai memperingati kematian mereka pada 25 November telah diisytiharkan sebagai Hari Antarabangsa untuk Penghapusan Keganasan terhadap Wanita di Amerika Latin pada tahun 1980. Hari antarabangsa ini telah diiktiraf secara rasmi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1999.

Pada Jun 1991, Pusat Kepimpinan Global Wanita (CWGL), bersama-sama peserta Institut Global Wanita mengenai Wanita, Keganasan dan Hak Asasi Manusia yang pertama, menggesa kempen global 16 Hari Aktivisme Menentang Keganasan Berasaskan Gender.

16 hari itu bermula dengan Hari Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita Antarabangsa dan berakhir dengan Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa pada 10 Disember– menyerlahkan bahawa keganasan terhadap wanita adalah pelanggaran asas hak asasi manusia.

PEMILIHAN WARNA JINGGA

Sejak 2008, UN Women (Entiti PBB bagi Kesaksamaan Gender dan Memperkasakan Wanita), di bawah payung “Orenkan Dunia”, telah membangkitkan perhatian dan tindakan global untuk menamatkan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan. Warna rasmi yang digunakan ialah oren, yang melambangkan satu masa depan yang cerah dan optimis, bebas dari keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.

PERMULAAN DI SELANGOR

Pada tahun 2020, Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan kempen HENTIKAN Keganasan Terhadap Wanita 2020 Bermula 9 November Sehingga 25 November 2020. Kempen ini bermula di peringkat pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang telah disokong oleh semua semua Ahli Dewan Negeri (ADN) Negeri Selangor dan semua Ahli Mesyuarat Kerajaan Tempatan dengan bersama-sama mengangkat plakad slogan “Hentikan Keganasan, Hormat Wanita” serta memakai pelitup muka berwarna oren yang menjadi warna tema bagi kempen ini tanda soladiriti dan kebersamaan dalam kempen hentikan keganasan terhadap wanita.

Di Wanita Berdaya Selangor Sdn Bhd, pelbagai program telah dirangka dan dijalankan bagi menyokong usaha murni melawan segala bentuk keganasan berasaskan gender yang tertumpu kepada wanita dan kanak-kanak.

Bagi tahu ini, Kempen 16 Aktivisme Melawan Keganasan Berasaskan Gender akan dijalankan bermula 25 November dengan mengangkat tema “Bangkit Melawan Keganasan terhadap Wanita dan Kanak-Kanak”. Antara program yang dirangka adalah :

Pelancaran kempen oleh semua jentera dewan rakyat Selangor dengan mengangkat plakad teman kempen seusai Pembentangan Belanjawan Selangor 2024

Perkongsian Cerita dari Bangunan Biru yang dibawa khas realiti dan kejadiaan sebenar kes-kes keganasan rumah tangga oleh Bahagian Siasiatan Jenayah

PEMBERDAYAAN • PROGRESIF • INKLUSIVITI
ms_MY