Wanita Berdaya Selangor

Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS)

PENGENALAN

Biasiswa Wanita Berdaya Selangor atau dikenali sebagai Biasiswa WBS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha melaksanakan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PPSH). PPSH telah dilancarkan pada tahun 2021 oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita & Keluarga Negeri Selangor melalui WBS sebagai agensi pelaksana. PPSH bermatlamat untuk menyediakan wanita yang berilmu pengetahuan dan berkompetensi tinggi menerusi pendidikan yang berterusan, senada dengan aspirasi Dasar Wanita Selangor dalam Titik Tumpuan 3 – Kepimpinan & Perwakilan

Syarat Permohonan

Kategori Orang Awam:

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun dan merupakan pengundi di Selangor
  • Wanita berumur 21 tahun hingga 45 tahun
  • Minat dan aktif dalam kerja-kerja sosial dan kemasyarakatan
  • Memenuhi syarat kelayakan pengajian yang ingin dipohon*

 

Kategori Alumni Akademi Kepimpinan Wanita (AKW):

  • Keutamaan diberikan kepada graduan AKW yang mengikuti program AKW sehingga tamat pengajian
  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Menamatkan pengajian di AKW dan telah bergraduasi
  • Memenuhi syarat kelayakan pengajian yang ingin dipohon*

*Pengkhususan kepada kursus-kursus seperti Pengajian Gender, Pengurusan Sumber Manusia, Pemasaran, Pengurusan Pentadbiran, Kepimpinan, Kerja Sosial, dan Pengajian Pembangunan & Kemasyarakatan

Proses Permohonan Biasiswa WBS

  1. Pemohon yang berminat hendaklah memohon kursus pengajian di IPT yang terlibat terlebih dahulu
  2. Berjaya memohon kursus pengajian
  3. Seterusnya, pemohon boleh memohon Biasiswa WBS di Laman Sesawang WBS di www.wbselangor.com.my
  4. Menunggu pemakluman pengesahan kelulusan Biasiswa WBS secara rasmi dari pihak WBS

Senarai Institusi Pengajian Tinggi & Tahap Pengajian Yang Terlibat

Tarikh Permohonan Biasiswa WBS 2024

Tarikh Tutup Permohonan : 31 MAC 2024

Permohonan Biasiswa WBS

Peringatan Penting

Pelajar perlu menghabiskan pengajian dalam Tempoh Pengajian yang diberikan seperti yang termaktub dalam Term Of Agreement (TOR) yang telah dipersetujui dan jika gagal maka pelajar tersebut perlu membayar semula yuran pengajian yang telah diberikan.

PEMBERDAYAAN • PROGRESIF • INKLUSIF
ms_MY