Mengenai Kami

Tentang WBS
Wanita Berdaya Selangor (WBS), sebuah organisasi meraikan bakat dan memekarkan potensi wanita Selangor merupakan cetusan manifestasi idea Yang Berhormat Dr Siti Mariah Mahmud, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita & Keluarga Selangor.
Sebagai salah sebuah anak syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI), WBS telah diilhamkan pada tahun 2020 bagi merealisasikan Dasar Wanita Selangor untuk mendayaupayakan wanita menerusi tiga (3) teras utama iaitu Pembangunan Dasar & Polisi, Pemberdayaan Wanita dan Pembinaan Kepimpinan. WBS juga bertindak sebagai badan pelaksana program-program pemberdayaan wanita di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor.

PASUKAN WBS
VISI
PENERAJU PEMBERDAYAAN WANITA TERKEMUKA ASIA
MISI
MENGUNGGULI USAHA PEMBERDAYAAN WANITA DALAM SEKTOR
KEPIMPINAN, EKONOMI & SOSIAL