USAHAWANITA
Program Insentif Digital Media Usahawanita Muda
Usahawan wanita muda di negeri Selangor dalam industri
media digital telah mencapai kemajuan yang ketara dalam beberapa tahun
kebelakangan ini terutamanya selepas pasca Covid-19 yang melanda negara.
Rentetan daripada itu, mereka telah memanfaatkan kreativiti, kemahiran
teknikal, dan pemikiran inovatif untuk mewujudkan perniagaan yang berjaya dalam
pelbagai aspek media digital. Antara aspek utama usahawan wanita muda dalam
sektor media digital merangkumi:
(i)Penciptaan Kandungan,
(ii)Pemasaran Media Sosial,
(iii)Reka Bentuk Grafik dan Kandungan Visual, dan
(iv)E-dagang, Dropship & Affiliate.
Berdasarkan perkembangan semasa dan seiring dengan kemajuan
teknologi, Negeri Selangor sebagai Negeri Maju melalui agensi WANITA BERDAYA
SELANGOR (WBS) menyediakan platform kepada wanita muda yang berkecimpung di
dalam dunia dengan inisiatif USAHAWANITA -Program Insentif Digital Media
Usahawanita Muda. Usaha pemberdayaan wanita ini memberi pengetahuan, kemahiran
dan siri latihan digital media agar golongan sasar ini dapat memajukan diri dan
perniagaan dengan lebih pantas, efisien dan berkesan.
1. Wanita yang lahir di negeri Selangor atau bermastautin di negeri Selangor sekurang-kurangnya 3 tahun.
2. Wanita berumur 21 tahun hingga 45 tahun.
3. Memiliki perniagaan sendiri. (Produk atau Perkhidmatan)
4. โ Kelebihan bagi yang berdaftar dibawah (SSM).