Wanita Berdaya Selangor

Acara & Program Terkini

Panggilan Penghantaran Kertas Cadangan Kajian Penilaian Impak Program Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) Selangor

Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) Selangor merupakan sebuah program intensif anjuran Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga melalui Wanita Berdaya Selangor (WBS). Pelaksanaan AKW selama 1 tahun 3 bulan bagi setiap kohort merangkumi 3 komponen iaitu kuliah yang meliputi 13 subjek, sesi mentor-mentee dan kerja lapangan.
Kajian Penilaian Impak Program Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) Selangor dilaksanakan bertujuan untuk membuat penambahbaikan bagi modul pembelajaran, tenaga pengajar dan garis masa program agar sesuai dengan keperluan semasa dan mencapai sasaran objektif pelaksanaan program. WBS mempelawa penyelidik dan pakar perunding untuk memohon dan mengemukakan kertas cadangan bagi kajian tersebut.

KANDUNGAN KAJIAN
  1. Mengikuti objektif pelaksanaan Akademi Kepimpinan Wanita (AKW).

  2. Meliputi penilaian terhadap pelaksanaan, pengurusan dan garis masa program.

  3. Memastikan kandungan modul yang berkualiti, lebih bersasar, sesuai dan berkesan dalam menghasilkan pemimpin wanita.

  4. Kualiti tenaga pengajar.

SKOP KERJA PENYELIDIK / PERUNDING:
  1. Melakukan penilaian impak program AKW berpandukan objektif pelaksanaan AKW sepanjang 3 kohort yang telah dijalankan.

  2. Membuat penilaian terhadap pelaksanaan, pengurusan dan garis masa program.

  3. Mencadangkan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi mengemaskini modul yang berkualiti, lebih bersasar, sesuai dan berkesan dalam menghasilkan pemimpin wanita.

  4. Membuat penilaian terhadap kualiti tenaga pengajar.

TARIKH-TARIKH PENTING

3 Julai 2023
Buka Permohonan

16 Julai 2023
Tutup Permohonan

23-30 Julai 2023
Pengumuman Permohonan Yang Berjaya

Ogos – September
Kajian Dijalankan

September
Pembentangan dan Penyerahan Laporan

CARA MEMOHON
ms_MY