Wanita Berdaya Selangor

Pengarusperdanaan Gender

Pengarusperdanaan Gender (Gender Mainstreaming) adalah satu strategi penting bagi memastikan pembangunan yang peka gender, demi mencapai matlamat kesaksamaan gender dan mendayaupaya wanita. Strategi ini untuk memastikan agar kepentingan dan pengalaman golongan wanita dan lelaki dijadikan dimensi asas dalam perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian dasar dan program
dalam kesemua bidang politik, ekonomi, dan social agar wanita dan lelaki menerima manfaat secara saksama, dan ketidaksamaan dapat dihapuskan.

Selangor merupakan negeri pertama di Malaysia yang melaksanakan program Pengarusperdanaan Gender (Gender Mainstreaming) selari dengan aspirasi Dasar Wanita Selangor 2017-2022. Bermatlamatkan objektif utama untuk mempromosikan kerangka pembangunan sensitif gender, Pegawai Titik Tumpuan Gender (Gender Focal Point – GFP) dan Pasukan Tumpuan Gender (Gender Focal Team – GFT) telah dilantik dan melaksanakan program di empat (4) portfolio bagi tahun pertama:

  1. EXCO Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan melalui Lembaga Prumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
  2. EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga melalui Jabatan
    Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
  3. EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan melalui Majlis Sukan
    Negeri (MSN) Selangor.

5 Strategi Pelaksanaan Projek Pengarusperdanaan Gender Selangor

2 Bahagian Dalam Audit Gender

Audit Gender yang dilaksanakan oleh jabatan perintis Projek Pengarusperdanaan Gender (GM) Selangor
merangkumi dua (2) bahagian iaitu:

Bahagian 1

Konteks keseluruhan kerja organisasi mengenai gender

Bahagian 2

Pemahaman dalaman dan promosi mengenai kesaksamaan gender

3 Metodologi

Metodologi yang telah digunakan dalam pelaksanaan Audit Gender adalah:

Pelaksanaan Projek Pengarusperdanaan Gender (GM) membantu kerajaan negeri, jabatan dan agensi perintis untuk untuk melihat serta merancang setiap dasar, projek dan program dengan menggunapakai lensa gender. Projek GM turut menambah baik kesedaran dan meningkatkan pemahaman khususnya penjawat awam mengenai gender dan inklusiviti. Kesedaran dan pemahaman yang dimiliki menerusi GM
dapat menjadikan belanjawan negeri lebih responsif gender sekaligus membantu meningkatkan akses dan peluang wanita dalam proses pembuatan keputusan. Pelaksanaan GM Selangor akan merubah kebiasaan pengunaan pendekatan yang Neutral Gender (Gender Neutral) kepada Responsif Gender (Gender Responsive) atau Sensitif Gender (Gender Sensitive).

ms_MY