Akademi Kepimpinan Wanita
Pengenalan
Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) Selangor merupakan sebuah program intensif untuk memantapkan kemahiran dan bertindak sebagai ‘paip bakat’ (talent pipeline) untuk melahirkan lebih ramai pemimpin wanita dalam lapangan politik dan kerja sosial. Hal ini kerana keadaan golongan wanita memerlukan ‘mentoring’ yang lebih tersusun dan datang daripada golongan wanita sendiri yang lebih memahami realiti dan cabaran golongan wanita yang berbeza dengan golongan lelaki dalam usaha menjadi pemimpin. Malahan, golongan wanita juga perlu membina rangkaian sendiri bagi memecahkan hegemoni ‘all boys club’ atau rangkaian eksklusif pemimpin lelaki yang tidak memberi ruang kepada golongan wanita yang berbakat berkembang lebih tinggi. Hal ini bakal membantu perjalanan karier politik golongan wanita agar golongan wanita mampu memegang kepimpinan terutamanya di Negeri Selangor.
Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) Selangor juga diadakan bagi mencapai matlamat ke-4, Dasar Wanita Selangor iaitu mempercepatkan penyertaan, perwakilan dan pembuatan keputusan dalam kehidupan awam dan politik dalam kalangan wanita.
Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) Selangor pada awal penubuhannya dikelolakan oleh Pejabat Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita & Keluarga Negeri Selangor (sebelum ini merupakan Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga) dengan hasil kerjasama yang jitu daripada pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor dan Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor. Kemudian, pada 2021, Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) Selangor dikendalikan sepenuhnya di bawah Wanita Berdaya Selangor Sdn. Bhd.
Moto
Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) Selangor memperkenalkan moto “Berani Memimpin”.
Visi
Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) menjadi tunjang dalam melahirkan pemimpin demi mencapai penglibatan 30% pemimpin wanita sebagai pembuat dasar dan keputusan dalam kerajaan negeri Selangor.
Misi
Melahirkan pemimpin wanita yang bertanggungjawab dan berkarisma dalam memajukan negeri Selangor untuk kesejahteraan sejagat.
Nilai Pemimpin Wanita
Yang dipupuk oleh AKW
Objektif
Peserta yang bergraduasi daripada Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) mempunyai kemahiran dan kecekapan untuk menerajui mana-mana organisasi/parti politik.
30% daripada peserta lepasan Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) memegang jawatan kepimpinan dalam tempoh 5-10 tahun akan datang.
10% daripada peserta lepasan Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) mampu tercalon untuk mengisi jawatan kepimpinan organisasi penting di Selangor
Warna Tema
Emas Merah Manggis
Komponen Program
Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) Selangor merupakan sebuah program intensif untuk memantapkan kemahiran dan bertindak sebagai ‘paip bakat’ (talent pipeline) untuk melahirkan lebih ramai pemimpin wanita dalam lapangan politik dan kerja sosial.
AKW Kohort 4 dijangka bermula sekitar April 2024 untuk tempoh pembelajaran selama 12 bulan.