Wanita Berdaya Selangor

Acara & Program Terkini

Pencarian Gadis Akan Bermula

GADIS

GADIS Inspirasi Selangor. Adakah anda yang kami cari?

Selangor berusaha melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Gadis Inspirasi Selangor (GADIS) merupakan satu program realiti pencarian bakat wanita muda yang berpotensi tinggi membawa imej dan mesej positif kepada masyarakat.

Objektif GADIS
  1. Membantu mencungkil, dan mengangkat bakat atau potensi yang ada dalam kalangan wanita muda di Selangor.
  2. Memberikan wanita muda saluran untuk mengetengahkan diri sendiri kepada khalayak umum.
  3. Meningkatkan pembangunan peribadi wanita dan juga kemampanan diri, serta daya saing.
Syarat kelayakan
  • Berumur 35 tahun dan ke bawah.
  • Lahir atau bermastautin di Selangor.

Jika anda memenuhi kriteria yang ditetapkan, hantarkan penyertaan anda di:

ms_MY