Wanita Berdaya Selangor

Acara & Program Terkini

Bantuan Rumah Perlindungan WBS

BANTUAN RUMAH PERLINDUNGAN WBS

PENGENALAN

Bantuan Rumah Perlindungan merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bagi tujuan untuk menjalin kerjasama dan membantu serta menambahbaik rumah perlindungan bagi memberi perlindungan kepada golongan wanita dan kanak-kanak yang terlibat dengan isu keganasan rumah tangga dan keganasan berasaskan gender yang dilaksanakan di bawah kendalian Wanita Berdaya Selangor (WBS).

OBJEKTIF PROGRAM
  1. Sebagai sebuah inisiatif dari Kerajaan Negeri dalam menyantuni pemandiri melalui pemberian peruntukan kepada rumah-rumah perlindungan sedia ada untuk menambahbaik fasiliti atau perkhidmatan yang berkaitan;
  2. Memberi perlindungan sementara yang berkualiti kepada pemandiri keganasan rumah tangga daripada pendera; dan
  3.  Membina rangkaian kerjasama untuk meneroka pilihan yang lebih luas kepada pemandiri.
TUJUAN PENGGUNAAN BANTUAN RUMAH PERLINDUNGAN adalah seperti berikut:

(a) Fasiliti

Untuk menambahbaik kemudahan di dalam rumah perlindungan berkenaan seperti pembaikan premis atau pembelian aset bagi tujuan kemudahan penghuni rumah perlindungan; atau/dan; 

b) Latihan

Untuk memberikan latihan kepada tenaga kerja rumah perlindungan bagi mengendalikan isu keganasan rumah tangga atau kepada pemandiri bagi tujuan kelangsungan hidup setelah keluar dari rumah perlindungan; atau/dan; 

c) Pemandiri

Untuk tujuan membina kapasiti dan kemahiran kepada pemandiri agar mereka berupaya memberdaya diri setelah keluar dari rumah perlindungan.

KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN RUMAH PERLINDUNGAN
  1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pendaftar Pertubuhan (ROS) / Akta Parlimen / Ordinan / Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / agensi Kerajaan yang diiktiraf;
  2. Lokasi rumah perlindungan adalah di Selangor;
  3. Rumah perlindungan menyediakan penempatan buat mangsa atau pemandiri keganasan rumah tangga dan keluarga (jika perlu);
  4. Rumah perlindungan tersebut tidak semestinya hanya menyediakan perlindungan kepada mangsa keganasan rumah tangga sahaja ;
  5. Rumah perlindungan tidak berasaskan keuntungan;
  6. Telah beroperasi minimum selama satu (1) tahun; dan
  7. Tertakluk kepada keputusan Ahli Jawatankuasa Penilai Geran Rumah Perlindungan dari semasa ke semasa.
  8.  

Permohonan dibuka bermula pada 1 Julai sehingga 31 Julai 2024. Maksimum jumlah permohonan adalah sebanyak RM30,000 dan minimun sebanyak RM5,000.   Kelulusan setiap permohonan adalah tertakluk kepada penilaian oleh Ahli Jawatankuasa Penilai Bantuan Rumah Perlindungan yang dilantik. Pemohon yang berjaya menerima Bantuan Rumah Perlindungan akan dimaklumkan melalui e-mel.

Sila scan kod QR untuk muat turun borang permohonan. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar melalui e-mel tengkuummikausyar@wbselangor.com.my atau dihantar ke pejabat Wanita Berdaya Selangor, Lot G30, Tingkat Bawah, IDCC Shah Alam, Jalan Pahat L 15/L, 40200 Shah Alam, Selangor sebelum 1 Ogos 2024.

Sila scan kod QR untuk muat turun borang permohonan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Tengku Ummi Kausyar, melalui emel tengkuummikausyar@wbselangor.com.my atau melalui talian 03-5545 4879.

ms_MY