Biasiswa Wanita Berdaya Selangor atau dikenali sebagai Biasiswa WBS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha melaksanakan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PPSH). PPSH telah dilancarkan pada tahun 2021 oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita & Keluarga Negeri Selangor melalui WBS sebagai agensi pelaksana. PPSH bermatlamat untuk menyediakan wanita yang berilmu pengetahuan dan berkompetensi tinggi menerusi pendidikan yang berterusan, senada dengan aspirasi Dasar Wanita Selangor dalam Titik Tumpuan 3 – Kepimpinan & Perwakilan
Syarat Permohonan
Kategori Orang Awam:
Warganegara Malaysia
Lahir di Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun dan merupakan pengundi di Selangor
Wanita berumur 21 tahun hingga 45 tahun
Minat dan aktif dalam kerja-kerja sosial dan kemasyarakatan
Memenuhi syarat kelayakan pengajian yang ingin dipohon*
Kategori Alumni Akademi Kepimpinan Wanita (AKW):
Keutamaan diberikan kepada graduan AKW yang mengikuti program AKW sehingga tamat pengajian
Berumur 21 tahun dan ke atas
Menamatkan pengajian di AKW dan telah bergraduasi
Memenuhi syarat kelayakan pengajian yang ingin dipohon*
*Pengkhususan kepada kursus-kursus seperti Pengajian Gender, Pengurusan Sumber Manusia, Pemasaran, Pengurusan Pentadbiran, Kepimpinan, Kerja Sosial, dan Pengajian Pembangunan & Kemasyarakatan
Proses Permohonan Biasiswa WBS
Pemohon yang berminat hendaklah memohon kursus pengajian di IPT yang terlibat terlebih dahulu
Berjaya memohon kursus pengajian
Seterusnya, pemohon boleh memohon Biasiswa WBS di Laman Sesawang WBS di www.wbselangor.com.my
Menunggu pemakluman pengesahan kelulusan Biasiswa WBS secara rasmi dari pihak WBS
Senarai Institusi Pengajian Tinggi & Tahap Pengajian Yang Terlibat
Pelajar perlu menghabiskan pengajian dalam Tempoh Pengajian yang diberikan seperti yang termaktub dalam Term Of Agreement (TOR) yang telah dipersetujui dan jika gagal maka pelajar tersebut perlu membayar semula yuran pengajian yang telah diberikan.