Senada dengan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor melalui Pakej KITA Selangor 2.0, Wanita Berdaya Selangor akan menubuhkan Talian SELamat, Hotline Khusus Aduan Keganasan Rumah Tangga sebagai platform aduan kecemasan dengan kerjasama beberapa rakan pemegang taruh daripada NGO dan pihak berkuasa terlibat.

Kami kini sedang mencari Sukarelawan untuk membantu kami menjayakan misi Talian SELamat.

Kriteria Sukarelawan: 

  1. Terbuka kepada warganegara yang mempunyai pengalaman atau berminat untuk mengendalikan kes keganasan rumah tangga atau psikososial.
  2. Berkebolehan dan fasih berbahasa ibunda dan juga berbahasa samada Inggeris, Mandarin atau Tamil dialu-alukan
  3. Bersedia untuk menjaga talian bagi operasi di waktu petang dan malam.