PENILAIAN PELAN TINDAKAN DASAR WANITA SELANGOR

Penilaian Pelan Tindakan Dasar Wanita Selangor dilaksanakan seiring dengan perubahan global yang berlaku lantaran krisis kesihatan yang melanda dunia khususnya Negeri Selangor. Penambahbaikan dasar ini adalah penting dilaksanakan mengikut kesesuaian dan keperluan semasa serta berdasarkan penilaian Dasar Wanita Selangor 2017-2020.

Laporan Penilaian Pelan Tindakan Dasar Wanita Selangor ini mestilah menitikberatkan pendekatan terbaik bagi:

1) Mengoptimumkan peluang dan akses Wanita Selangor kepada sumber;

2) Memenuhi keperluan semasa Wanita Selangor dengan mengambil kira situasi Pandemik yang melanda serta praktis norma baharu;

3) Memastikan pelaksanaan program dan aktiviti yang lebih bersasar berdasarkan kepelbagaian latar belakang dan demografi;

4) Mendayaupaya Wanita di Selangor menerusi Pelan Tindakan Dasar yang akan diterjemahkan melalui langkah-langkah strategik yang memberi impak signifikan

5) Meningkatkan kecekapan dan penyampaian dasar kerajaan negeri kepada masyarakat wanita khususnya menerusi Pelan Tindakan Dasar Wanita Selangor yang akan merangkumi system pemantauan dan penilaian yang lebih tersusun dan sistematik.

SKOP KERJA PENYELIDIK / PERUNDING:

Penyelidik / Perunding yang dilantik perlu memberikan perkhidmatan meliputi skop seperti berikut:

1. Melakukan penilaian Dasar Wanita Selangor Tahun 2017-2020 berpandukan titik tumpuan dan matlamat yang terdapat dalam dasar.

2. Melaksanakan penilaian tentang keberkesanan pelaksanaan dan impak dasar sepanjang empat (4) tahun berdasarkan Pelan Tindakan.

3. Perunding hendaklah mencadangkan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi mengemaskini Pelan Tindakan Dasar Wanita Selangor bagi Tahun 2022 –2025.

TEMPOH TUGASAN

Tugasan ini hendaklah disiapkan dalam tempoh masa empat (4) bulan daripada tarikh pelantikan dibuat.

SYARAT PERMOHONAN:

1. Pemohon terdiri daripada penyelidik / perunding daripada Institusi Pendidikan Awam mahupun Swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Badan Pemikir, Perunding Bebas dan lain lain yang berkaitan.

2. Pemohon hendaklah mengemukakan biodata terperinci, hasil penulisan terdahulu yang telah diterbitkan atau sedang dalam proses penerbitan.

3. Pemohon perlulah mengemukakan cadangan usul termasuklah butiran kerjasama, jika ada.

4. Pemohon hendaklah menyiapkan penilaian pelan tindakan dalam tempoh dan jangkamasa yang telah ditetapkan oleh WBS.

5. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang mempunyai hasil kerja atau pernah terlibat dengan sudut perbandingan gender atau dalam bidang yang setara dengannya. Walau bagaimanapun, pemohon yang berpengalaman dalam bidang lain masih layak untuk memohon.

KRITERIA PERMOHONAN:

1. Perunding /Penyelidik /Pasukan mestilah mempunyai pengalaman yang baik dalam setiap Matlamat Dasar Wanita Selangor, selain berpengalaman dalam penilaian dan penggubalan dasar.

2. Perunding /Penyelidik /Pasukan perlu menghantar Draf laporan secara berfasa kepada WBS dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

3. Perunding /Penyelidik /Pasukan perlu menyediakan laporan penilaian dengan menggunakanpenilaian daripada perspektif gender.

4. Laporan akhir penilaian adalah hak milk mutlak Kerajaan Negeri Selangor dan WBS.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 28 September 2021 (Selasa), Jam 6.00 petang.

CARA MEMOHON:

Semua permohonan mestilah dibuat secara atas talian dengan menghantar permohonan berserta kertas cadangan ke emel nurul@wbselangor.com.my